abadikan dalam kepala sentiasa

abadikan dalam kepala sentiasa
genocide rakyat palestin

Saturday, November 7, 2009

ray charles dan mak



selesai operate mata kiri membuang glucoma. kini boleh la tenguk muka cucu kata dia. dan doktor tu baik bagi mak spek ray charles kata dia lagi.....

Tuesday, November 3, 2009

2 hari satu nafas


11 pm : memanggil sofi jikan minum teh tarik di pelita bagi membakar semangat.

1 am : menyambung research untuk presentation.

9 am : keluarga ku singgah makan pagi di pelita ss2 on the way balik ke ipoh dari ulu langat.

10 am : aku perlu tidor kerana semalaman menyediakan presentation untuk filem kenegaraan 'ngah zain' itu bersama hairil. sudah seminggu cuba menyiapkannya.

4 pm : aku dikejutkan untuk memulakan sessi storyboarding bagi filem "hantu kak limah balik rumah'. (makan nasik goreng)

8 pm : berselang meja mendengar kawan-kawan yang datang untuk mengerjakan promosi filem 'estet'.

8.30 pm : illustrator untuk presentation 'ngah zain' sidi, muncul membawa barangan lukis untuk di siapkan di pejabat.

9 pm : perkin bersama untuk 'jelajah filem malaysia' yang akan di adakan di kelantan pada bulan hadapan. (makan piza)

10 pm : sambung menyudahkan storyboard untuk 'hantu kak limah'.

12 am : break main gitar sambil menjerit. (makan kacang cap tangan)

12.30 am : memulakan persiapan presentation 'ngah zain' bersama hairil kembali. perlu kejar masa kerana presentation pagi ini jam 11. kerja!kerja!kerja!

4 am : kami perlu break. aku kata kita tidor dua jam.

5.30 am : tak boleh tidur lena. sambung menyudahkan presentation.

6.30 am : turun ke pelita membuat kerja sambil bersarapan. (telur 3suku masak 3 bijik) hairil makan roti bakaq sidi roti telur.

9.30 am : presentation siap! tinggal kerja-kerja mengemas data.

9.45 am : tiba-tiba menerima panggilan pembatalan temujanji presentation yang di tunda ke minggu hadapan. aku menepuk dahi! gugur segala semangat.

9.50 am : aku memejamkan mata.

9.57 am : panggilan mengatakan presentation di sambung semula! jam 11 ini!

maaf. semangat aku sudah tiada di dunia......tidak mungkin dapat di seru kembali buat masa terdekat ini...



.

Thursday, October 29, 2009

play that funky music





pertamakali majlis perjumpaan finas tidak kaku dengan birokrasi basi melilit gaya kaku.....adakah arah halatuju dasar perfileman juga mengikuti itu?

and they were dancin and singin and movin to the groovin
and just when it hit me
somebody turned around
and shouted
play that funky music .....




*kumpulan rock The Street Five diberi peluang membuat persembahan rock di majlis makan malam rasmi pos-FFM di Finas malam 26 Okt lepas.

Monday, October 19, 2009

hassan mutalib kini skolar?




skolarism penentu apa yg di ucapkan itu di dengari. suara mu tetap ku dengar walau tiada ijazah bergulung di tapak tanganmu. cuma untuk melengkapkan dirimu di golongan intelektual kertas
itu amat perlu. taniah atas anugerah itu. aku turut bangga.

Sunday, October 11, 2009

melayu, cina dan aku di padang polo


1.355km. itulah jarak aku berjogging petang tadi. berjalan actually. perlu mengeluarkan peluh bagi pembakaran kalori dan lemak di dalam pembuluh rerambut urat di tubuhku. mengah bagai berlari dari bukit safa ke marwah kalau boleh bisik hati ini.

ramai sungguh warga ipoh bersenam di sini. tanahnya luas udaranya nyaman mata di cuci dengan kehijauan dan kelibat seluar nike saiz S di anggota saiz L.

bertambah semangat mereka2 bersenam dan berjogging dan berjalan-jalan anak. aku juga. berbagai idea datang mencurah-curah dalam menyudahkan skrip film yg bakal di shoot hujung bulan ini. udara, kehijauan dan peluh sememangnya memberi kesan kepada pembangunan minda secara skimanya. aku berjalan laju. dalam kelajuan itu semua mereka yang berada di laluan jogging itu memotong aku. ramai yang aku lihat berpeluh-peluh dan berketul-ketul muscle mereka bagi yang lelaki. bagi perempuannya pula mintak maaf tidak boleh diceritakan rupabentuk kemontokkannya mereka itu dikhuatiri kena potong oleh Lembaga Penapisan Filem pula. yang pastinya mereka berpeluh-peluh juga o.

aku terus berjogging. jogging jogging jogging. dan dalam jogging itu aku terperasan majoriti yg memotong aku adalah dari kaum cina. 95% dari yang berlari. 98% juga mungkin. terdapat cuma seorang abang, sekeluarga 3 anak beranak, sepasang suami isteri dan 3 orang tentera dari kem berdekatan dari kaum melayu yang memotong atau di potong aku.

ke mana melayu lain di padang itu? semasa datang tadi aku lihat ratusan melayu. ya, mereka kesemuanya duduk menganga di bangku-bangku dan di tempat pakir melihat orang ramai berjogging.

.....kerana tidak mahu lari dari menjadi orang melayu, aku turut mengikut mereka duduk sekali menganga.....ajengan.

Saturday, October 3, 2009

berhadapan dengan kematian 2

aku jadi diam......

baru selesai kenduri tahlil malam ke dua tadi. kepala ku perlahan mula mahu bersuara. dari lebuhraya aku memandu perlahan sekali. ada sebuah kemalangan membabitkan dua buah trailer besar. kerana itu aku memandu lagi perlahan. dari tol simpang pulai aku ke masjid sungai rokam dan mereka memberitahu jenazah sudah di bawa ke tanah perkuburan.

setibanya aku ke kawasan perkuburan aku lihat mereka sudah pun meletakkan jenazah ke liang lahad. mereka membuka kapan. rezeki aku sempat menatap wajah arwah bagi kali terakhir. seperti wajah tidurnya.

arwah abang pin takda kelulusan universiti. pencen attendant hospital. tiada gusar dengan perkembangan dunia politik ekonomi dan budaya. a simple man. tiada pangkat dan tidak di kenali di dunia luar dari persekitarannya. anak-anak saudara ku cukup sifat manusia melayu islam dan aku tok sedara bagi anak-anak mereka.

redup di bawah pokok tanah di kambus dan lebihan tanah meminta-minta untuk mengisi ruang. ramai saudara datang menyedekah fatihah. ketika talqin di bacakan ya allah nyamannya alam ini menerima abang pin.

itu mendiamkan aku.....

Monday, September 28, 2009

pengalaman rumah terbuka raya

mcmana aku nak mula ni. zaman ini zaman serba moderen. konsep rumah terbuka di hari raya seperti melambangkan betapa tingginya nilai budaya melayu islam mengikut arus permodenan tanahair.

dan mokmin tau, kehadirannya beraya ke openhouse kak timah janda beranak dua itu akan menamatkan kegersangannya semenjak bercerai dengan isterinya hendun. ramai yang turut hadir. mail tangsi yang terkenal dengan nafsu buasnya hadir bersama isterinya jah astro, yang mengandungkan anak ke tujuh mereka, khairul tnb bersama tunangnya nor. nor yang dalam diam berkawan rapat dgn john gwandabal warga nigeria yg sesama bekerja di kilang perabut itu, megat celcom bersama isteri dan anak2nya, husin siam dgn manap sabun juga turut serta.

di dalam kemeriahan itu ketika kak timah membawa hidang kuih samprit dan batang buluh lemang, mata mokmin mencuri jeling ke bonjolan tinggi penuh di dada kak timah. kak timah sedar akan kenakalan anak mata mokmin itu lalu membongkokkan lagi dirinya memberi ruang tonton lebih ke lurah dadanya ketika meletakkan piring kuih samprit itu sambil lidah membasahkan bibirnya memberi isyarat pada mokmin.

perenggan yang atas sekali itu adalah intro skima yg sekali baca kita udah tau ke mana halatujunya kan? mesti sembang pasal silaturrahim yg wajib di tanam di kalangan umat dan kita terus scroll ke perenggan bawah sekali membaca rumusannya sahaja. itu pun bagi yg ada masa. yg takda masa, langsung tak baca.

kalau entry raya mcm pengalaman si mokmin tu barulah lebih bermakna dan ceria rasanya apabila kita menulis dan membacanya tetapi ironinya openhouse yang aku hadir jauhsekali ceritanya. kebanyakkannya cerita bila habis cuti, bila balik kl, haiwei jem tak, lemang beli ke buat sendiri dan kenapa siti norhaliza kadang2 tak pakai tudung.

.....ada tak sesaper tau kat mana ada rumah kak timah?...ehee



*disclaimer - kepada yang rasa tidak keruan selepas membaca, entry ini adalah gurauan semata-mata. openhouse yang aku hadir cukup sifat keikhlasannya.

Monday, September 21, 2009

raya yg panas


tahun ini buat pertamakalinya dalam sejarah eropah barat dan pulau hawaii aku beraya di rumah biras aku. mengapa? mungkin kerana aku tidak mahu bertelagah mengenai raya di mana yg penting adalah raya bersama anak-anak aku. mereka pula memilih untuk beraya di rumah cousin mereka di ulu langat selangor. gathering puak isteri aku di situ. aku akur kerana aku berserah.

biras ku juga jenis simple dan punyai anak yg ramai. riuh bagai kapal bangla bawak itik karam suasana di ulu langat ini. kami suka. cuma.....

sekali peristiwa ada satu karekter salah seorang dari saudara mereka yg bekerja di sebuah agensi kerajaan. kerja dalam ertikata sudah pencen tetapi mempunyai kenalan lalu meletakkannya di dalam sebuah lembaga yg menapis filem. beliau berumur 58 tahun.

beliau dahulunya bekerja di kementerian pengangkutan kemudian di tukarkan ke melaka kerja menjaga rumah-rumah milik kerajaan negeri. serta bertanggungjawab memberi air pada tumbuhan bunga-bungaan di kawasan rumah-rumah itu. apabila ketua menteri bertukar beliau pun di tukarkan ke mana pun tidaklah aku ketahui sehinggalah beliau pencen dan menyambungkan khidmatnya di lembaga tersebut.

dan beliau memberi satu dua kata pada aku bagaimana menghalatuju perfileman negara dan cara-cara bagaimana untuk membuat adengan dalam sesebuah scene. terimakasih. sebentar ya aku pergi siram bunga sekejap.....

Saturday, September 19, 2009

malam itu aku perdana menteri



tempat : studio 2 rtm
masa : 9malam
tarikh : 19hb september 2009
live broadcast


10 9 8 7 6 5 4 . . . bismillahirahmanirahim....saya bersama isteri saya.....ingin mengucapkan selamat hari raya pada kesemua rakyat malaysia dengan harapan dapat bersama-sama hidup aman damai di bumi serba magis ini. sekian.

...and cut!

Tuesday, September 15, 2009

tenguk cermin sebelum berkata.....

hujung minggu lepas keluarga ku turun ke kuala lumpur. mereka ingin menikmati suasana hiruk pikuk di jalan mesjid india. bagi aku itu adalah satu ritual yang sangat mencabar kewujudan manusia itu sendiri. komer pergi je lah. biar aku duduk di pejabat menulis apa yg patut. kebelakangan ni pun aku perlu byk berehat. turun naik kl mcm ulang alik dari sungai itik ke pekan gopeng je lakunya. besi magnet dainamo beskal pun boleh tumpul!

menurut isteriku membeli belah di situ sangat menguntungkan kerana penawaran di situ melebihi permintaan. lebih ramai yg berniaga dari yg membeli. bagus langkah itu. aku bangga kerana beliau amat teliti dlm hal penjimatan. apatah lagi di zaman serba kempis ni. apabila balik ke pejabat sesudah itu aku lihat beliau hanya diam menelan air liur bertambah dahaga rupanya. anak aku amen membeli baju melayu berharga rm700 lebih beliau kata!

terkejut indonesia aku! takkan mahal sangat! kalau dah 700ringgit lebih macamana nak beli baju yg lain2? bajet kita berapa je tahun ini? ada butang berlian bertatahkan intan kah baju itu? aku yang sangat fames di ss2 ni pun pakai baju rm170 je! aku berkhutbah panjang mengenai jangan terlampau ikutkan kehendak budak2. ajar mereka supaya bersikap sederhana. apatah lagi di bulan ramadhan ini. kalau macam ni biarlah aku bukak posa makan kenyang2! baru padan muka kita! apa guna di ajar puasa? belajar menahan nafsu! bukan senang kita nak cari duit!

turun naik dada aku mengkut tempo syarahan aku. kalau dapat rokok ni sedap! rokok boleh sejukkan hati yg marah!

beliau mengatakan baju melayu amen cuma rm100 saja baki yg selebihnya adalah melangsaikan hutang yg aku buat kerana membeli baju2 melayu dan batik untuk diberi pada kenalan aku yg datang dari luar negara tahun lalu.

you nak bukak kat mana? kat the curve nak? i belanjer.........